Artwork

内容由Lydia Usun Ngimat提供。所有播客内容(包括剧集、图形和播客描述)均由 Lydia Usun Ngimat 或其播客平台合作伙伴直接上传和提供。如果您认为有人在未经您许可的情况下使用您的受版权保护的作品,您可以按照此处概述的流程进行操作https://zh.player.fm/legal
Player FM -播客应用
使用Player FM应用程序离线!

E58: “Hidup Dalam Kebijaksanaan, Amsal 1.7.”

34:05
 
分享
 
Manage episode 286116526 series 2871281
内容由Lydia Usun Ngimat提供。所有播客内容(包括剧集、图形和播客描述)均由 Lydia Usun Ngimat 或其播客平台合作伙伴直接上传和提供。如果您认为有人在未经您许可的情况下使用您的受版权保护的作品,您可以按照此处概述的流程进行操作https://zh.player.fm/legal

Shalom.

Kita meneruskan renungan kita dalam siri Hidup Bijaksana yang kita telah mulai awal bulan Januari.

Kehidupan kita hari ini boleh dikaitkan dengan pilihan-pilihan yang kita telah buat. Saya dorong agar kita imbas kembali dan dari masa ke masa membuat evaluasi terhadap perjalanan hidup kita agar kita tidak terperangkap dalam situasi-situasi yang rumit, dan kita dapat memperbaiki hidup kita sekiranya terdapat kesilapan langkah.

Hidup Dalam Kebijaksanaan adalah tajuk perbualan kita pagi. Kita menghayati Amsal 1.1-7, untuk mendapat petunjuk dari pengalaman mereka-mereka yang mendasarkan hidup kepada TUHAN.

Amsal 1.1-7 yang telah kita baca merupakan pendahuluan atau pengenalan kepada Buku Amsal. Buku Amsal mengandungi kata-kata hikmat. Secara ringkas kita akan melihat 2 perkara: (1) matlamat kenapa buku ini ditulis, dan dari matlamat kenapa ianya ditulis, (2) mendapat petunjuk untuk “hidup dalam kebijaksanaan”.

(1) Matlamat Kenapa Buku Amsal Ditulis.

(a) Kepada siapakah Buku Amsal ini ditulis?

Buku Amsal dituju kepada kita semua; kepada orang yang tak berpengalaman, kepada orang muda, dan kepada orang bijaksana.

(b) Kenapa Buku Amsal ini ditulis?

Sebab utama buku Amsal ditulis adalah supaya pendengar dapat mengetahui “hikmat”. Bagi memudah renungan kita, kita boleh melihat bahawa ayat 3 hingga 6 sebagai sinonim kepada hikmat atau ulasan tetang hikmat, iaitu, “untuk mengetahui didikan, untuk mengerti kata-kata yang bermakna, untuk menerima didikan yang menjadikan pandai, serta kebenaran, keadilan dan kejujuran, untuk memberikan kecerdasan kepada orang yang tak berpengalaman, dan pengetahuan serta kebijaksanaan kepada orang muda, untuk mengerti amsal dan ibarat, perkataan dan teka-teki orang bijak”.

Dan ayat 7 boleh kita ambil sebagai ringkasan kepada semua yang mahu disampaikan kepada kita oleh Buku Amsal, iaitu, “Takut akan Tuhan adalah permulaan pengetahuan, tetapi orang bodoh menghina hikmat dan didikan”.

“Takut akan Tuhan”, adalah sikap sanjungan dan pujaan yang kita ambil terhadap Tuhan. Kita mengasihi, kagum dan merendahkan diri untuk taat kepada Firman-Nya. Orang yang tidak takut akan Tuhan disebut sebagai “orang bodoh” yang “menghina hikmat dan didikan”. Menghina atau meremehkan didikan berasaskan Firman Tuhan adalah sikap mereka yang tidak mengenal Tuhan.

(2) Petunjuk Untuk Hidup Dalam Kebijaksanaan.

Jadi, dari Amsal 1.1-7, kita dipanggil untuk mengenal dan memiliki kebijaksanaan dengan mengambil sikap “takut akan Tuhan”. “Takut akan Tuhan adalah permulaan pengetahuan”. Atau, “Permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan”, Amsal 9.10. Amsal 1.7, menyingkap “hidup dalam kebijaksanaan”.

“Permulaan” bererti dasar. Permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan, bererti hikmat sejati, hikmat sebenar, hikmat sepenuh, terletak dalam Tuhan. Hikmat sebenar adalah mengenal Tuhan, “permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan, dan mengenal Yang Mahakudus adalah pengertian”, (Amsal 3.19-20).

Jadi untuk “hidup dalam kebijaksanaan” adalah mengenal Tuhan dan mengenal bahawa hikmat sejati terletak didalam Tuhan. Rasul Paulus menulis kepada jemaat Kolose di Kolose 2.3, “… di dalam Dia-lah (iaitu, Kristus) tersembunyi segala harta hikmat dan pengetahuan”.

Kesimpulan:

Untuk “hidup dalam kebijaksanaan” kita di ajak untuk mengenal hikmat. Hikmat sejati adalah didalam Kristus. Dan dari Amsal 1.7, kita diberitahu bahawa, “Takut akan Tuhan adalah permulaan pengetahuan,” atau “permulaan hikmat adalah takut akan Tuhan” (Amsal 9.10).

Tuhan memberkati semua.

Lydia.

[Pujian Penyembahan Dipimpin Puan Paya Anyie & Keluarga]

--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message
  continue reading

78集单集

Artwork
icon分享
 
所有剧集

×
 
Loading …

欢迎使用Player FM

Player FM正在网上搜索高质量的播客,以便您现在享受。它是最好的播客应用程序,适用于安卓、iPhone和网络。注册以跨设备同步订阅。

快速参考指南